Bullet, Theme by gyapo.

You can edit/alterate it but
don't remove my credits.Thanks.
#Lol

#LOL
Hello chingu !Awak, tadi kat sekolah time rehat best gila babun lah. Aku rehat dengan semua 4 arif. bukan semualah , tapi budak perempuan yang aku rapat. 1 meja tuh penuh gila dengan orang. Mula mula, aku tak makan then aku suruh misha duduk situ then aku rasa nak makan moi /Lama gila aku tak makan moi\ then tengol tengok kerusi plastik yg aku ambik tu misha cilok. menyesal aku bagi dia duduk -.- then nasib kerusi kayu tu ada sikit bahagian aku duduk sebelah nadira. then aku tgk ada kaki ayam geli gila babun. aku tahu lah takde kuku, tapi aku still trauma dengan yg haritu wafa bagi aku kaki ayah yg ada kuku. #eiuwwwwwwwwww

Then kan semua dh habis makan semua tinggal aku dengan nadira jek, duk smbg then smpai kat tiang kantin aku tolak kepala nadira nak main mcm smlm main tolak tolak kepala. Then dahlah aku pakai kain, harini patut pakai baju suka even hari ni exam. tapi yg babunnya pukul 10 mlm smlm aku cari baju suka aku takda. bangang dah cun cun aku plan nak pakai baju suka then terpaksalah aku iron baju dgn kain. bengong gila babun lah ==Then, lepas aku tolak kepala nadira aku terus lari pecut macam merentas desa. Aku rasa time aku merentas desa takdelah se'power' ni. Ni sebab tekan minyak tu. Kan dah isi minyak time makan tu. nasib baik aku tak terjatuh sbb pakai kain tu. Then aku berhenti kat dinding tandas guru perempuan then aku sandar. Aku tarik nafas dgn hembus nafas mcm tak cukup je.

Then dia tolak kepala aku balik. dia tolak dua kali aku kata, "ini sudah lebih ! Hang tolak dua kali mana aci !" then dia kata, "aci tak aci ! yg pertama tu tak kena , aci lah tu kan ? :P" smbl jelir lidah dia yg kiut miut tu. #eiuww , cute ke ? ==Then aku smbg merentas desa balik, rehat dah cukup. Then lagi beberapa tapak dh nk dekat dengan tandas murid murid. Aku kata kat nadira, "wei aku tak tahan nk gelak dah ! Aku nk buang air" aku sebut dlm bahasa yg biasa korg guna kan. aku memang tak boleh gelak banyak kali then lama gila then nanti nk lah buang air == then dia kata , "Jomlah aku pun dah nk buang air nih" then bla bla bla. lepas buang air kitaorg smbg main lari lari. before this kan, kitaorg jarang gila tau main lari lari macam budak lelaki.

skrg lepas dapat idea main tolak tolak kepala nih terus lari. idea ni wujud sejak 2 hari lps kot iaitu 25.7.2011 . Aku pun tak tau mcm mana aku boleh dpt idea nk main main tolak kepala ni. eh aku ke atau nadira eh yg dpt idea main tolak tolak kepala nih ? ah what everlah ~ and sejak tulah aku dengan nadira asyik main lari lari. dulu kami tak seaktif ni tau main larilari mcm budak lelaki yg ada byk tenaga smpai sk kelas bau busuk masam. tapi skr kuat gila kami lari mcm org masuk olimpik ~Alah kitaorg lari lari mcm org gila tu pun menyihatkan badan tau.

At least adalah lari lari. Klu aku balik rumah jgn harap aku nk lari lari. even ada tmpt lari mechine tu , ape tah nama dia tuh -.- then time kat dewan kami lwn mulut pulak. klu aku sebut, "err" dia sebut , "orrr" and bla bla sampai aku kata , "young" dia pulak sebut "min ... tak comel :P " then aku kata, "kim jun tak comel " then dia balas , "memang pun skrg aku dgn kim bum balik :P" then aku bls , "Kim Jun dgn Kim Bum tak comeeeeeeeeeeel :P" dia kata , "eleh, skrg aku dengan yoseob baliklah :P"
then aku kata, "banyaklaaaaaaaah hang ! semua hang punya ! hang nak ni tak ? special utk hang" aku tunjuk penumbuk aku. muahaha. /act, part ni takd pun aku yg tmbh xD\ then dia kata , "eleh hang lagi banyak ! 8 terus ! Siwon, Yoseob, Gikwang, Minho,Dongho, L, Youngmin and bla bla !" aku tak ingat lagi satu, act ni pun takde tau tapi ni ayat yg selalu dia guna klu aku ckp yg semua dia punya. ayat ! power gilaa !

lps tu dh jalan aku tak ingat bla bla blaaaaaaaaaaa. Then time aku nak naik tangga kan aku terdengar ada orang ckp psl sape ntah. Beast eh ? entah tak ingat. Then masuk kelas, aku merenget "eee ish ! banya ngat[sgt] aih kerusi dengan meja halang aku nak pi tempat aku. kacau line ja -.-" kan time exam meja dipisah kan. aku punya meja paling hujung duk sblh dinding sebalah yg tak ada pintu. aku punya tmpt bukan kat tmpt pintu masuk tuh. tapi hujunglah. nadira cuma tersengih jek. then kitaorg menggila tau dlm kelas. orang lain duk bising. kitaorgkan beli chocolairs kat kantin kitaorg bwk keluar plastik yg berisi 10 cklt chocolairs then ltk bwh meja. then buka slow slow.

then kami makan chocolairs senyap senyap. kitaorg buat reaksi comel comel tau. macam dlm drama kan klu nk mkn cklt buat buat aegyo. kitaorg pn buat buat comel. mcm budak budak tadika makan cklt ^^then nadira kasi idea suruh rakam murid yg tak patut dicontohi guna botol aku. botol aku besar macam gajah tau ^^ dia rakam macam aku buang smph kat tingkap. kan aku duk sblh tingkap. then aku ckp kat dia, "haa ! Khairul tengah dating dgn Fakrul , jom rakam !" kan khairul duk dpn fakrul then dia duk tonggek tonggek then letak tgn dia atas meja fakrul, kira macam dating lah tu kan ? habis nadira gelak terburai xD

then dia pergi kat meja ammar pulak. then aku kata "haa ! curang ! pi kat ammar pulak ! brp ramai lelaki lah dia permainkan. ish ish ish" /act, drg bukan gay eh tapi aku saje je reka cerita nk buat nadira gelak mcm aku gelak mcm org gila terlepas dari rumah sakit jiwa xD\ then syamira, mahirah, luqman, aqilah semua gelak mcm org gila sbb ismail main lwn lwn dgn dinasour yg suhaimi buat guna kertas tuh. tapi aku buat tak endah jek. nak smbg rkm murid yg tak patut dicontohi. ada byk lagi tau benda yg tk patut dicontohi. tapi terlampau byk smpai aku tk ingat. ni pun dh bykkan ? tapi cerita aku masih belum habis. bak kata junhyung "I rewrite it, the beginning is happy, you and I laughing" gila sweet <333

then uztaz dtg dengan lagak konon kononnya garang, then nadira kata "haa ! Harimau dah datang ! kita anak kucing kena menyorok" dalam uztaz duik buat muka garang tuh aku boleh tergelak mcm org gila dh lah kuat. semua tertumpu kat aku. Pe tgk tgk ? korang ingat aku ni pameran hidupa apa ? =.= then aku tanya dia, "sapa ayah sapa mak ?" then aku balas , "HAA ! Qayyum ayah ! sebab diakan gemok. Kkekeke." then nadira duk tgk sekeliling nk cari mak pulak. then aku kata "Amriza mak. Muahahaha" dia kata, "eh bukanlah ! Aqilah mak, amriza mak tiri. Aqilah tinggi , amriza gemok" selamba badak je kitaorg kutuk dorang. dorang tahu nanti mati sembilihlah nanti -.-

then uztaz suruh diam. then kena jwp soalan bahasa arab. bla bla bla bla. jwp jwp jwp jwp. hentam hentam hentam hentam. TADAAAAAAAA ! Habis ;] memang dah jadi kebiasaan aku klu exam, bahasa arab semua hentam jek. sepatah haram tak faham. then aku bayangkan yg nadira ckp utk smbgn cerita aku tuh. dia kata , "cam ni cerita dia, hang dgn youngmin gaduh bla bla bla. then hang lintas jln then kereta nk langgar hang then hang menjerit time tu youngmin peluk hang then tolak hang and then kat situ pulak ada bukit, bukan bukit everest tapi takdalah tinggi mana, then dh sampai kat rumput tu mata hang dgn youngmin dekat gila babun ah. romantik tak ?" dah jangan nak dreaming dreaming kat blog aku neyhh. tu psl aku dgn youngmin. jangan nak menggedik bayangkan kau dgn youngmin. AKU SERIUS NEYH !

then punyalah syok syok aku duk dreaming pagi pagi tu /pukul 11 lebey tau\ tiba tiba ckg lain pulak masuk. dia siap ugut lagi , "kamu diam dan jwp kertas soalan tuh. kalau saya dgr bunyi bising , saya tak teragak agak nk ambil kertas awak dan potong markah. Araggi ? " act , dia bukan sebut araggi tapi aku je yg menggedik tmbh, dia sebut fhm ? then bla bla bla. semua org dh habis jwp bahasa arab. kutip kertas. uztaz masuk duk buat muka garang lagi, menyampah -.-

then dia datang kat meja duk tanya bla bla bla. then uztaz dtg meja aku dia tanya, "bila kamu nak pergi korea ?" aku kata tak tau buat buat puppy eyes. klu boleh nk je aku jwp, "sampai youngmin jemput uztaz saya uztaz" then senyum kambing. tapi bila fkir balk baik tk pyh. then uztaz suruh simpan semua barang. then suruh turun masuk bilik J-qaf. then aku dgn nadira lmbt sikit. so kami duk kat blkg skli lah. at least , tkpyh berhimpit kat bwh tu sbb uztaz berhenti separuh jln sbb duk apa yg Izad ckp. aku pun tak tau apa yg drg bualkan.

then bla bla bla bla. kitaorg pergi bilik jgaf sbb nk salam jamale amende tah dlm bahasa arab mcm choral speaking lah tapi kena sebut dlm bahasa arab. semua kena masuk aku cuma buat mulut jelah. sbb aku tk pandia bahasa arab. then time uztaz buka youtube nk tgk drg buat mcm mana. aku boleh duk main ABC dengan athirah.

"ABC !" athirah buat kosong aku buat sepuluh jari maksudnya huruf J aku terus cepat cepat sebut nama , "Jo Youngmin !" bla bla blaaaaaaaaa. then abc lagi sekali, aku buat 4 jari diabuat kosong aku terus cepat cepat sebut "Dongho ! Dongjun ! Bla bla bla ~" then tu jelah. nadira cuma tgk then. time drg duk syok tgk youtube yg bagi aku tak best sbb bukan tgk boyfriend , ukiss or beast or bla bla bla. aku dgn nadira tgh syok lwn gusti ~ kami main lwn tarik tudung. tendang kaki. best gila lah. sampai mahirah suruh aku diam.

-Tamat lah kisah ini-
written by me Tuesday, July 26, 2011 11:34 PM