Bullet, Theme by gyapo.

You can edit/alterate it but
don't remove my credits.Thanks.
BEAST Showcase Live In Malaysia 2011

beast.jpg

Perhatian kepada semua peminat K-Pop tanahair! Satu lagi kumpulan yang berasal dari Korea akan datang dan akan menemui anda di sini tidak lama lagi. Peminat-peminat Korean Pop sekalian kini pastinya semakin teruja dengan berita sah mengenai kedatangan kumpulan gergasi dari Korea ini, siapa lagi kalau bukan kumpulan BEAST. Kumpulan jejaka tampan dari Korea ini akan mengadakan BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 tidak lama lagi.

Penyanyi lelaki berkumpulan dari Korea ini akan menemui peminat dan penggemar muziknya pada 1 Julai 2011 ini bertempat di Sunway Lagoon pada jam 8.30 malam. Jadi kepada anda yang sudah pun mengetahui berita menggembirakan ini, pastiya akan leboh teruja untuk membeli tiket bagi menyaksikan sendiri persembahan mereka bukan?

Beast atau B2ST ini dianggotai oleh enam jejaka tampan iaitu Yoon Doojoon, Jang Hyunseung, Yong Junhyung, Yang Yoseob, Lee Kikwang atau lebih dikenali dengan nama AJ dan Son Dongwoon akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia tidak lama lagi. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini amat terkenal dengan lagu Beautiful Girl, Shock, dan Bad Girl ini akan membuat persembahan di hadapan peminatnya yang semakin bercambah bilangannya di Malaysia ini.

Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia akan memberikan peluang dan kenangan yang berharga buat peminat dan kelab peminat mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai B2uty (Beauty) atau dikenali sebagai “B2uty and the Beast”!

BEAST-Comeback-Header.jpg

Anda boleh mendapatkan tiket-tiket dengan harga yang istimewa, dengan harga RM500 VVIP, RM388 VIP, RM288 PS1 dan RM188 untuk Rock Zone. Kesemua harga tiket ini akan dicaj dengan RM3 sebagai yuran pengendalian. Bilakah anda boleh mendapatkan tiket-tiket ini? Kaunter tiket akan dibuka pada minggu hadapan iaitu pada 14 May akan datang, dan pihak penganjur juga akan mengumumkan siapakan rakan media yang akan menjadi tulang belakang bagi rangkain promosi yang akan dijalankan bagi Konsert BEAST Showcase Live In Malaysia 2011 ini.

Kepada peminat-peminat tegar K-Pop, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sendiri kumpulan kesayangan anda yang akan beraksi di Malaysia tidak lama lagi. Jangan tunggu sehingga minit terakhir untuk membeli tiket-tiket ini yang pastinya akan laku bak pisang goreng panas.

Credits ; Era FM
__________________________________________________________________

Aku nak pergii ! Semalam aku tidur tak lena sebab fikir pasal showcase ni . Aku asyik tarik rambut sendiri sebab stress tak boleh pergi  . Kalau aku dapat tiket free gerenti aku pergi punya ! Gila kau tak nak pergi ? Orang gila je yang tak nak ! Aku bukan gila (:

Btw , tiket VVIP muraah je kot . Aku bila balik sekolah selalu simpan duit . Aku mula kumpul duit sejak tahun lepas . Duit aku lebih dari cukup untuk showcase ni . Tapi masalahnya siapa nak hantar aku pergi Sunway lagoon ? Aku duduk kedah wehh ! Jauh gilaa nak pergi KL ! Kalau naik kapal terbang tak apa la jugak . Tapi mak ayah aku gerenti tak bagi .

Semalam aku tanya ayah aku pasal showcase ni then ayah aku cakap , "buat apa konsert konsert ni ? merapu je" Terkilan aku dengar ayat ayah aku . Serios aku nak pergii !! Tak kira . Semalam kat facebook Eisya Kwanggie II kecoh pasal showcase tu .

Acctually , facebook tu untuk aku wall to wall dengan kawan aku . semalam wall aku penuh dengan showcase beast . Semua kecoh nak pergi ! Semua kawan aku dalam facebook tu semua KPOP lovers so kalau aku nak tanya apa apa tanya la dorang .

And semalam lepas balik kampung terus buka lappy then tengok facebook Eisya Kwanggie II tu then semua cakap pasal showcase beast ni aku pun nak join . Semua kawan aku kata mak ayah dorang tak bagi pergi even guna duit sendiri . Semua pakat tension tak dapat pergi T___________T

AYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH ! Nak pergii ! Tak kira . Btw , budak bawah umur boleh ke pergi showcase ni ? Ah lantak lah . Tipu lah umur . hihi . Kesah je asalkan aku dapat jumpa BEAST ! Kau jangan halang aku nak jumpa Beast ! Taekwando kang ! HIYAAAAAAAAAAK !
written by me Friday, May 13, 2011 8:19 PM